RSS

Ikan Oh Ikan

Salam semua, hari ini aku bangun awal untuk menyelesaikan beberapa perkara di SMK Derma dan juga angkat sumpah. dari petang tadi, adik aku yang kecik asyik menyebut tentang haiwan peliharaan. aku pula yang sedang pening kerana baru lepas bangun tido terdengar seperti dia ingin membela monyet? aduh. kenapalah dia menjadi begitu pelik hari ini. lepas pada itu, mak dan ayah saya keluar bersamanya ke bandar. adik saya yang spm hendak membeli alat tulis. aku hanya lepak lepak dan bermain "facebook" di rumah sahaja. dalam jam 7 petang, mereka pun pulang. adik aku yang kecik itu memegang satu beg plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan emas. biar betul, nak bela ikan pulak budak kecik neh. lalu aku menanyakan padanya,"awat amar beli ikan? kata nak beli monyet?" lalu dia membalas, "amar xmau, kalau monyet berak, sapa nak basuh" lalu aku tergelak dengan jawapannya. lepas pada itu dia berkata,"amar ingat nak beli tikus, comel, tapi dia busuk, amar xsuka". ini pic yang aku sempat snap tadi,


okay lah tuh, 5 ekor ikan emas, sebabnya, dia cakap adik beradik dia ada 5 orang. tapi aku berasa tidak yakin dengan jangka hayat ikan ini. mungkin bertahan lama atau pun, esok dah mati 2-3 ekor.

Yang Benar
(Mohd Ariff Din Bin M Anuar)

1 comments:

ms whatever said...

Bagus amar ni..
selain daripada pemalu, beliau juga sangat berimaginasi yang tinggi..
hehe

Post a Comment