RSS

Ikan Oh Ikan

Salam semua, hari ini aku bangun awal untuk menyelesaikan beberapa perkara di SMK Derma dan juga angkat sumpah. dari petang tadi, adik aku yang kecik asyik menyebut tentang haiwan peliharaan. aku pula yang sedang pening kerana baru lepas bangun tido terdengar seperti dia ingin membela monyet? aduh. kenapalah dia menjadi begitu pelik hari ini. lepas pada itu, mak dan ayah saya keluar bersamanya ke bandar. adik saya yang spm hendak membeli alat tulis. aku hanya lepak lepak dan bermain "facebook" di rumah sahaja. dalam jam 7 petang, mereka pun pulang. adik aku yang kecik itu memegang satu beg plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan emas. biar betul, nak bela ikan pulak budak kecik neh. lalu aku menanyakan padanya,"awat amar beli ikan? kata nak beli monyet?" lalu dia membalas, "amar xmau, kalau monyet berak, sapa nak basuh" lalu aku tergelak dengan jawapannya. lepas pada itu dia berkata,"amar ingat nak beli tikus, comel, tapi dia busuk, amar xsuka". ini pic yang aku sempat snap tadi,


okay lah tuh, 5 ekor ikan emas, sebabnya, dia cakap adik beradik dia ada 5 orang. tapi aku berasa tidak yakin dengan jangka hayat ikan ini. mungkin bertahan lama atau pun, esok dah mati 2-3 ekor.

Yang Benar
(Mohd Ariff Din Bin M Anuar)

Hai - Hai :: Bye - Bye

Salam kepada semua, ini merupakan posting saya yang pertama dalam blog ini. mungkin anda terfikir, apakah yang dimaksudkan oleh saya dalam tajuk posting pertama saya ini. sebelum ini saya mempunyai blog yang didaftarkan atas nama ariffdin.com, tetapi atas masalah kewangan yang agak serius, saya tidak sempat untuk memperbaharui "domain" tersebut. mungkin jika ada rezeki, blog ini akan terus bertapak tetapi dia atas nama ariffdin.com insyallah. cadangan pada mulanya adalah untuk beralih dari platform wordpress dan meneruskan minat dalam dunia blogging ini, dalam platform wordpress pula. terasa janggal kerana sudah lama tidak menaip di blogspot. sekian sahaja lah posting saya yang pertama ini.

Yang Benar
(Mohd Ariff Din Bin M Anuar)